Tuesday, September 19, 2017


Kerana kau segalanya bagiku,
Cinta yang dulunya pernah terjalin dan pernah terpisah,
Kini aku dan kamu sekali lagi,
Moga dengan ikatan ini,
Ia akan kekal selamanya, 
Buat kau dan aku,
Bersatu,
Kukuhnya ikatan ini bukan kerana rasa,
Namun kerana cinta yang tak pernah hilang....

Wednesday, July 19, 2017

Aku dan Kau

Apa yang aku rasa,
Aku juga nak kau rasakan yang sama.
Mencintai itu bukan mudah bagi aku,
Tapi dengan kau,
Aku bahagia dengan cara kita,
Tak semudah itu hubungan ini,
Kau dan aku lalui jerit payah jalan berliku,
Namun aku dan kau tahu itu adalah jalan kita,
Setiap detik kita tempuh,
Hari demi hari, minggu demi minggu,
Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun,
Aku harap kita sabar dan masih terus bersama,
Aku genggam erat tangan kau,
Dan kau peluk erat tubuh aku,
Biar hanya kita tahu,
Mencintai dan dicintai itu sangat mudah jika kita redha dengan tentuan takdir kita.

Tuesday, July 11, 2017

Kau dan aku tahu,
Apa yang aku rasa, aku yakin kau juga rasa.
Berkali kita cuba leraikan semua ini,
Namun aku tahu kau juga cuba pertahankan
Apa yang terbaik untuk aku dan kau adalah
"Kita".

Kau dan aku tahu,
Keinginan kita hanya mahu melengkapi satu sama lain.
Walaupun kau dan aku juga tahu,
Setiap apa yang jadi, apa  yang aku fikir tak sama dengan apa yang kau fikir.

Kau dan aku tahu,
Kisah kita, kita sendiri tak mampu untuk jadikan realiti,
Namun kita cuba dan cuba lagi,
Namun habisnya pada jawapan yang tak pasti.

Kau,
Aku,
juga tahu,
Aku dan kau masih tiada jawapan untuk itu,
Dan akhirnya kisah kita menjadi kenangan,
Masing-masing terpisah bawa haluan,
Kau masih keseorangan,
Dan "kami" masih menunggu waktu untuk kau pulang biarpun hanya dalam angan..

Sunday, June 4, 2017

#Throwback

Walaupun dugaan datang tak henti,
Percayalah qada dan qadar Allah,
Allah dah tetapkan jalan hidup hambanya,
Sudah tertulis cerita hidupnya,
Kadang mungkin kita berada di bawah, dan kadang mungkin kita akan berada di atas,
Tapi hakikatnya, memang cukup perit untuk menempuh setiap dugaan dan halangan dalam hidup ini,
Bukan mudah untuk melangkah kedepan,
Terkadang kita akan teringat kepayahan semalam,
Walaupun  itu bukan sesuatu yang indah,
Namun itu tetap menjadi sebahagian dari perjalanan hidup kita,
Sebahagian cerita dalam perjalanan hidup kita,
Dan takkan kita lupakan sampai bila-bila,
Bila waktunya telah tiba,
Ingatlah kerana setiap dugaan dan halangan itulah yang membuat kita berada di mana kita berada kelak...

Friday, May 26, 2017

Masih belum puas...

Masih belum puas dalam hidup ini. Apa yang aku gambarkan, apa yang aku bayangkan, dan apa yang aku idamkan tak semuanya menjadi. Bukan senang untuk hidup.. untuk teruskan perjalanan ini terlalu panjang hala tujunya. Belum lagi dengan jalan yang aku sendiri tersalah pilih, jalan-jalan yang penuh likunya, jalan lorong-lorong yang sempit dan kelam, dan jalan-jalan yang suram semalam.

Hebat rahsia Allah. Hidup ini memang bukan senang. Tapi mati pun bukannya senang. Aku yakin dengan kewujudan Allah, rahsia Allah, perjanjian Allah, ketetapan dari Allah, kisah yang dah tertulis buatku, jalan hidup aku, segala perit jerih hidup aku, segala kesenangan, kemewahan sementara dari Allah, kecelakaan yang berlaku, setiap cerita sedih hidup aku, biarpun cerita gembira, ketawa riang gembira dengan segala apa yang aku kecapi sampai ke tahap ini...

Allah.. Allah.. Allah...

Biar apapun yang berlaku, biar celaka manapun aku, namun biar matiku dalam keadaan yang lebih lebih lebih baik lagi dari diri aku. Allah... 

Friday, May 12, 2017

Cerita semalam

Dari sudut hati yang paling dalam,
Walaupun baru semalam,
Ingin saja aku pendam,
Biar takkan terpadam...

Dari sudut hati yang paling dalam,
Mahu saja bertanya khabar dan salam,
Namun lebih baik berdiam,
Malu rasanya untuk aku mulakan borak malam...

Dari sudut hati yang paling dalam,
Tahukah kamu yang paling aku sayang,
Seberapa banyak perasaan yang aku pendam,
Begitulah juga wajahmu yang selalu aku bayang...

Namun masih lagi sunyinya malam,
Biarkan terus kelam,
Agar segalanya masih terpendam,
Biar tersimpan di sudut hati yang paling dalam...

#hestegdeep

Dua hari lepas leka aku membonceng kat atas motor on the way ke pejabat, masa atas jalan tu aku tengok motor sebelah pakcik tua yang ride bawa isteri dia barangkali.

Aku perhati lama sampailah motor aku melepasi dia. Allah... Bagus sungguh isterinya lama aku Cuba perhati apa yang dipegangnya sambil mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu, ingatkan novel pelik juga takkan makcik setua itu masih berminat dengan novel.

Lalu aku pun perhati lama dan cuba untuk melihat lebih details apa yang dipegangnya rupanya bukan novel seperti yang aku jangkakan rupanya yasin yang dibacanya. Allah.. Allah.. #deepakurasa

Wednesday, March 11, 2015

Perasaan Yang Teramat Dalam...

Kecetekan akal buatkan aku menyembur semua sumpah seranah di hati pada dia yang dulunya adalah seseorang yang paling aku rapat. Kebodohan yang dalam dan keegoaan yang tinggi bercampur dengan tingkat kebaranan aku yang membuak-buak tak dapat aku telan lagi selain menghamburkan semua kata maki padanya. Kesilapan yang sama berulang sudah ku agak akan ada satu hari semua ini berlaku. Mungkin sifat ingin membiarkan semua orang memahamiku melebihi dari kefahaman aku pada mereka melebihi segalanya. Namun penyesalan cuma datang dengan kesedihan yang tiada kesudahan..cuma mampu berharap semua angin  hipokrit ini akan pergi bawa segala-galanya pergi dan berharap akan ada angin baru yang lebih tenang dan nyaman menemani hati ini..biarpun terkadang kenangan akan datang menerpa sesekali, namun biar aku lepaskan semuanya terbang tinggi dan takkan pulang kembali kepadaku. Berikan nafas yang baru untuk aku teruskan hidup ini....

Sunday, February 22, 2015

Trust your feeling...

Cinta...
Allah anugerahkan perasaan ini terlalu indah untuk ku ungkapkan dan terlalu agung untuk aku rasakan.
Percaya pada kata hati kadang-kadang hati juga bisa menipu dan menafikan apa yang benar-benar kita rasa dan mahukan dalam hidup ini.
Keinginan dan kemampuan juga bertetangan dengan konsep cinta.
Aku juga wanita yang mahukan segala yang berlaku terjadi dengan semulajadi tanpa ada rancangan dan penipuan dalam kisah cinta ini.
Namun inilah hidup setiap yang datang semuanya memberikan aku pengajaran dan pengalaman yang sangat sukar aku temukan.
Antara cinta dan cita yang aku kejarkan dalam hidup tak semuanya aku tempuh dengan tabah.
Kadang aku tersungkur terus junam mencium tanah ini dan kadang aku berputus asa di tengah jalan cerita ini.
Ini lumrah...
Tapi akhirnya alhamdullilah..
Mungkin berdua lebih baik.
Terima kasih untuk hidup ini. Dan terima kasih untuk perasaan ini...
Biarpun seribu batu jauh kita berlari ia tetap akan kembali di depan mata ini... 😂😂😂

Thursday, November 6, 2014

Dalam segenap ruang aku cuba mencari siapa diri ini, mencuba bertanya pada diri apa yang aku mahukan untuk hidup ini. Berjalan di atas bumi yang sama, langit yang sama namun aku masih kosong sendiri. Aku melihat dia bahagia dengan pilihan hati, aku toleh pula yang lain aku lihat dia juga menikmati hidup bersama teman-teman, aku pandang pula pada dia yang selalu di sisi belum lagi mungkin dia belajar untuk hargai, sedangkan ada lagi dia yang sedang mencuba untuk buatku ketawa namun aku pula yang tidak peduli. Hidup pada dunia yang sama namun kenapa masih aku yang tertinggal sendirian di belakang teman-teman. Lemahnya hati bila sendiri cemburui yang lainnya mungkin sedang menikmati hidup singkat ini........